Showing posts with label kengkawan. Show all posts
Showing posts with label kengkawan. Show all posts

Friday, May 14, 2010

17 Soalan Perlu Dijawab

Aku diberi tanggungjawab untuk jawab soalan-soalan ni. So, korang terpaksa support aku la ye dengan baca entri ni. Pura-pura korang berminat pun takpe la. T__T


Tapi rasanya lebih menarik kalau dimulakan dengan pic ni



Q = Question
&
A = Answer


Yeah!!! Fighting!!


*****


1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda ?
>>> Sampai hati dia tikam aku dari belakang. Aku lagi suka kawan yg tikam dari depan daripada belakang. Sebab kalau dari depan boleh elak kan? Heh. Jauhkan la dari kawan macamni. Tapi nak buat macamne, semua ada perangai masing-masing. Kalau ada pun, harap kawan tu dapat berubah jadi lebih baik. Amin...

2) 7 orang dihati anda ?
>>> 7 orang je? Tak cukup ni. Aku sayang lebih dari tu.








Ha, ramai tu kan? ( pic aku ada sekali sebab aku pun sayang diri sendiri =p )
Family aku ni lagi ramai sebenarnya, tapi tak muat nak letak banyak-banyak dalam ni. Yela, kan aku dah kata tadi aku sayang ramai orang. Heh.

Selain tu, ada lagi yg aku sayang..
Siapa? Mesti la kawan-kawan aku. Even kawan aku yg tikam dari belakang tadi tu pun aku sayang tau. Asalkan nama nya kawan, tak kisah korang ni macamane. Ya, aku sayang korang.

3) Anda rasa anda kacak comel ?
>>> Comel tu apa ye?


Macamni ke?




Ke macamni?




Pingu!! Pingu!! Rindu nak tengok cerita comel tu lagi. (",)


4) Single or taken ?
>>> Eh, kenapa perut berbunyi-bunyi pulak tetiba ni. Saya lupa nak makan tadi. Saya makan dulu la ye. Lapa. Lapa. =p

5) Blog yang mana anda suka ?
>>> Blog yg aku suka baca la. Blog yg boleh buat aku gelak. Boleh buat aku hilang tension. Boleh bagi info dekat aku. Boleh bagi aku rasa seronok. =))


6) Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
>>> Setiap hari kena kemas eh? owh..baru tahu. =p


7) Lagu yang terakhir anda dengar ?
>>> The Show by Lenka (sebab tu lagu dalam blog aku. So, tiap kali aku update blog, terpaksa dengar lagu ni)


8) Last text message ?
>>> Bagi kata-kata semangat dekat dia yg baru nak start exam. Fighting!! Berusaha!!

9) Last phone call ?
>>> Call ibu tercinta dengan harapan nak wish Happy Teacher's Day. Tapi rupa-rupanya aku cepat sehari pulak. Ingatkan hari ni 16 Mei. ="(


10) Hari terakhir anda menangis ?
>>> Eh, kawan-kawan dah panggil nak pergi kelas ni. Tak boleh pergi lambat. Kami pelajar cemerlang. Pergi dulu la ye. Tata.


11) List 5 warna kegemaran anda?
>>> Lor..banyak nye warna kegemaran? Kenapa aku ada satu je? ORANGE COLOUR.


12) Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
>>> YM tu stand for what? Heh. Since YM aku dah tak betul, aku lupa cara-cara nak ber'YM'. ="(


13) Game yang anda paling suka ?
>>> Merujuk kepada game indoor ke outdoor ek? Sebab aku suka main game apa yg ada dalam laptop aku ni je. Feeding Frenzy dengan Spongebob Collapse.


14) Adakah anda peminat MCR ?
>>> MCR tu My Chemical Romance ke Mak Cik Rosnah? Sebab saya tak minat My Chemical Romance tapi saya minat Mak Cik Rosnah sebab nasi lemak yg dia jual sedap! =))


15) Apa perasaan anda masa jawab tag ini ?
>>> Keliru. Sebab dari tadi asik fikir hari ni aku nak order makanan apa. Any suggestion?


16) Anda rasa tag ini best ?
>>> Lupa pulak yg ni sebenarnya tag. Patut la saya kena jawab. Huh.


17) Tag lagi 10 orang
>>> Boleh tak kalau saya nak tido sekarang? Penat la jawab soalan ni banyak sangat. Selamat Tidur! =p




*****


Untuk pengetahuan semua. Soalan-soalan tadi tu saya dapat dari kawan saya yg telah mengtag saya. Terima kasih ye. Lagi-lagi sebab tag ni disertakan dengan




Fuuyyooo!!! Award tu! Even aku belum layak untuk dapat award macamni sebenarnya. Yela. Aku kan blogger yg pemalas. Mintak maaf jugak sebab aku baru jawab tag ni setelah sekian lama kamu bagi. Anyway, thanks ye kawan.

Thursday, March 4, 2010

Jiwa Kacau

Aish..(permulaan yang tak berapa nak baik)

Boleh dikatakan perasaan bercampur baur. Bukan sekarang sahaja. Tapi dah makin lama tak tahu kenapa. Hati terasa macam mahu menjerit sekuat hati bagi puas. Yes!! Itu yang saya mahu lakukan!!



tak kira dimana atau bagaimana gayanya.study itu tiada alasan.




Bila dah diberi gelaran sebagai student. Nak tak nak. Kena la terima apa jua yang perlu diterima. Kadang-kadang ada yang tak berapa nak faham perasaan kami. Kemahuan kami.

Kamu.student..
Sila buat ini. Sila buat itu. Sila siapkan ini. Sila siapkan itu. Sila hantar ini. Sila hantar itu.


Ya. Kami tahu. Kami mahu success. Kami mahu yang terbaik. Sebab itu kami tidak membantah. Sebab itu kami akur sahaja semua yang dipinta. Itu memang tanggungjawab kami.


Tapi..Masalah pasti ada. Tidak semua antara kami ini sehaluan. Tidak semua sama. Macam-macam ragam. Mahukan kata sepakat? Itu sangat susah. Lagi-lagi bila kami berlainan pemikiran.




even buku itu nampak tak menawan, tapi ia tetap buat kami tertawan. =)




Semakin hari bukan sahaja umur kami semakin meningkat. Tapi komitmen dan tanggungjawab yang diberikan juga semakin meningkat.



Kepada kawan-kawan sekalian..
Selamat menempuh alam study yang penuh cabaran dan rintangan.
Go Go Fighting!! (kata-kata semangat)
(",)



**kami cuba untuk memotivasikan diri sendiri. =)

Friday, February 5, 2010

Sepatutnya Perlu dan Sememangnya Tahu



Bila semua yang terbuku di hati tak dapat diluahkan...
Apa yang boleh kita dapat?



mungkin kita dapat wajah seperti ini



*****


Mungkin tak semua orang sependapat.Tapi semua itu perlukan masa dan keadaan yang sesuai.


Kenapa?Sebab tak perlu apabila tak diperlukan.
Tapi mesti perlu apabila betul-betul diperlukan.


Bila?
Sendiri akan tahu masanya.


Cuma perlu diingat sebelum terlambat.
Perlu diambil berat sebelum melarat.


Takut akan menyesal di kemudian hari.
Semua tak boleh patah balik kalau itu dah berlaku.


Maaf.
Bukan senang.
Minta maaf nampak mudah.
Tapi memaafkan itu amat sukar.


Muhasabah.
Itu penting.
Cari kesilapan mungkin dapat.


Improvement?
Mungkin mustahil.
Tapi untuk usaha yang mustahil mungkin dapat hasilkan suatu yang mustahil.


TOLONGLAH...


Jangan takut untuk beritahu itu.


Jangan terasa nanti.
Semua tak berguna lagi.


Buat mereka.

Keluarga tercinta...
Kawan-kawan tersayang...


Ya.
Memang cinta mereka.
Ya.
Memang sayang mereka.
Ya.
Memang mereka sentiasa di ingatan.
Ya.
Memang mereka selalu yang dirindui.


Ya.Memang betul.Tepat sekali.


Mereka tahu itu.
Tapi.
Tak salah untuk diucapkan banyak kali bukan?
Tak salah untuk diberitahu berkali-kali bukan?


Biar jemu.
Biar muak.
Biar bosan.


Asalkan hati puas.
Tak mahu simpan banyak kerisauan.


Biar kita tahu bahawa mereka tahu itu.
Biar kita tahu bahawa mereka tahu apa yang kita rasa.


Sememangnya.
Tak salah untuk mereka tahu perkara yang sememangnya mereka sudah tahu.


Ucapkanlah.
Jangan beralasan.
Jangan dikira masa.
Kerana masa sentiasa berjalan dan tak tahu setakat mana kita akan berjalan dengan masa itu.







**Sedekahkan Al-fatihah kpd muslimin,muslimat yang telah meninggalkan kita.Al-fatihah...

Saturday, January 2, 2010

Dua Ribu Sepuluh

Kawan-kawan...
Apa yang kawan-kawan terfikir..

Bila terbaca ini ?
RM 2010.

Bila terbaca ini pula?
TAHUN 2010.


Buka mata. Tutup mata. Buka mata lagi. DAN . Tutup mata lagi. Buka. Tutup. Buka. Tutup. (cukup la tu)



Tak perasan pula yang sekarang ini sudah melangkah masuk ke diari baru. Tak perasan juga yang sekarang ini aku sendiri sudah berumur 20-an..(padahal sengaja buat2 tak perasan =p)



Kalau angka 2010 itu merupakan nilai yang dihadiri dengan Ringgit Malaysia..mesti semua orang sangat teruja. (lagi2 aku yang tak berpendapatan ni) . Nilainya bagi aku, sangat banyak. Macam-macam aku boleh buat. Tambah lagi sekarang ni, YES masih ada even tinggal sehari. (sebenarnya, terkilan tak dapat shopping time YES tu). ="(
*
YES=Year End Sale.



Sempena tahun baru ni..mesti orang akan tanya "apa azam baru?". Sebenarnya, tak semestinya tahun baru perlu ada azam baru. Tak semestinya kita nak buat azam baru kena tunggu tahun baru masuk. Betul kan? Kalau lah tiap kali tahun baru kena ada azam baru, maksud nya aku tak ada azam baru la tahun ni. =p


*****


Bila masuk tahun baru, kena lah buka diari baru. Bila nak start buka diari baru, time ni la terkenang diari lama. Nama pun terkenang, mesti teringat apa yang dah jadi tahun lepas. Bila dah terkenang pula, mula tengok-tengok koleksi yang aku simpan. Tetiba buat aku teringat dengan group aku last sem yang dapat pujian dari pensyarah akhirnya. Memang berbaloi buat kerja macam nak gila time tu.




Ini lah antara koleksi nya.
(",)






Apa yang penting?
KERJASAMA!!
(buat gaya cerita kartun wonderpets tau)








Group member
yang sporting dan ceria!!
=)







Itu lah rahsia group TECH "O" CHEM..
(",)
(TECH "O" CHEM tu nama group kitorang time tu)


Erm..kalau boleh tak nak tukar group langsung untuk sem ni. Tapi apa boleh buat..Sem baru kena group baru gak. ='(


*****


Tinggalkan lah semua cerita yang dulu. Biar itu dinamakan sebagai kenangan untuk diari yang lama. Sekarang tiba waktu buat kenangan untuk diari yang baru. =D




Bye bye 2009..

Welcome 2010..
(",)

Friday, December 18, 2009

Jangan kau ucap SELAMAT TINGGAL



Apabila difikirkan, memang perasaan ini tidak mahu meninggalkan.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berperasaan ini,
amat senang berasa ketinggalan.






Apabila dihitung, memang perasaan ini tidak mahu menghampirinya.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berpengaruh ini,
amat senang berasa ketinggalan.



*pic sumbangan dari cik Google =p


ADOI....tak perlu lah aku guna ayat yang berbunga-bunga lagi macam tu.(konon-konon macam berbunga lah, padahal tak pun). Buat pening kepala nak membaca nya kan? Nak memahamkan nya lagi lah boleh buat orang sakit hati. ye kan? =)


Ala..sebenar nya bukan apa pun. Aku cuma kurang bersemangat (malas lah tu =p) untuk kembali ke 'sekolah'.
" Ayuh kembali ke sekolah!! Ayuh!!"
(sambil lompat-lompat kegirangan)
Erm, itu hanya lah perasaan gumbira ketika kecik-kecik dulu. ( itu tak bermaksud sekarang ini aku sudah tua. FAHAM? :p) . Time tu gembira bukan sebab mahu ke sekolah tetapi excited untuk memakai kasut baru, uniform sekolah baru, bag baru, semua nya serba serbi baru lah boleh dikatakan. Sekarang? Jangan harap lah.


Semester baru kali ini akan membuatkan aku menjadi semakin mature dan berdedikasi.(cewah). Diiringi pula dengan azam baru sempena Maal Hijrah ini, aku tidak lagi berpaling ke belakang macam cerita Jangan Pandang Belakang itu. (abaikan.tak ada kena mengena langsung ye =p)


Aku hanya mahu mengucapkan kepada kawan-kawan yang memang suka membuang masa (word yang sepatut nya adalah meluangkan masa kan? kan?) membaca blog aku ini... Selamat melangkah ke semester baru ye.... Success!! Success!! (buat gaya lompat bintang sekali tau). (",) .

Tuesday, December 8, 2009

Teruja Dengan Perjumpaan Itu

Dengan perasaan yg ceria dan gumbira serta excited membuatkan aku asyik teringat saat2 itu. sewaktu bersama kawan2 yg sekepala (maksud nye kawan yg sama perangai la tu ye), buatkan aku memang mahu menjadikan waktu itu adalah waktu yg tiada penghujung nye. (kalau boleh la)


tapi kuasa yg ada ini terbatas kerana tiada magic dalam diriku ini. kalau ada, mesti dah lama aku buat banyak benda yg mengarut. (",) . tahukah kamu? bahawa cuti kali ini aku sangat happy bagaikan mahu melompat bintang. ( kalau kamu tak tahu cara nye. aku sedia membantu :p )

.:kawan2:. .:jalan2:. .:makan2:.
*maaf ye tya..nani mek pic ni smpaikan ko nmpk tgn je :(



setelah berhari-hari aku menghabiskan masa di rumah yg tercinta ini, akhir nye aku ambil keputusan yg sgt mudah untuk aku buat.iaitu..keluar makan2!!. :p . kalau nak ajak aku ni keluar, senang je. janji ada makanan. gerenti akan buat aku cair. aku takkan lepaskan peluang itu. hoyeh2!! (perasaan apabila gumbira melampaui batas)


nyum..nyum... (",)


berkat usaha kami semua bersusah payah untuk ke destinasi, akhir nye.. kekenyangan perut kami adalah suatu kepuasan untuk semua itu. amat berbaloi. pasti ia bukan suatu yg sia-sia. kawan2..terima kasih untuk hari itu. walaupun semua kena keluarkan duit masing-masing dengan hati yg tak berapa rela. :p . tapi apa yg boleh menghalang dari makan makanan enak seperti ini? pasti duit bukan masalah kan? kan? :)


aku tahu kamu semua mesti setuju dengan kata-kata ku itu. kalau tidak..masakan kamu semua makan sampai boleh menarik perhatian org ramai. (ini aku saje tambah bagi menyedapkan cerita :p)


keceriaan yg jelas terpancar :)


wajah-wajah kamu itu wahai sahabat-sahabat ku, bukan mudah untuk digambarkan bagaimana perasaan kamu ketika itu. ianya juga bukan mudah untuk dilupakan. sangat suka kan saat itu. lebih-lebih lagi sewaktu kita dapat bergosip bersama. terasa macam kita semua ini masih di alam persekolahan pula. :p . semua ini kita simpan untuk dijadikan sebagai kenangan apabila kita jumpa lagi pada lain masa ye. syg kamu semua. (jgn la terharu sgt ye) :)

Wednesday, November 25, 2009

KE"glamor"AN

nak tanye..

pernah tak terasa diri sendiri ni glamor?

aku memang suke mulakan dgn bertanye kan? (tengok.baru kate.aku tanye lg).org kate aku ni byk cakap.tapi kadang-kadang org kate aku ni pun byk gak tanye nye.pedulik lah.
( '_' )




diri aku ni konon2 glamor bile satu ari tu telefon umah aku berdering..(sbb bunyi nye ring,ring la) panggilan tu lebih kurang macamni.

"dik, keluar umah sekarang ade pos laju ni"

(terbukti sgt la posmen tu dah byk kali bg salam tp aku tak dengar.tu la problem bile aku suke sgt dgr radio kuat2 :p)




dgn perasaan yg cemas.aku pun ape lg.cepat2 la berlari pecut ala-ala shaolin soccer (bak kate org yg ngate aku la) menuju keluar umah utk ambil bungkusan pos laju tu.




maaf la ye.ada certain maklumat tu kena la dirahsiakan
:p



cemas aku terus lenyap bile aku dpt tau bungkusan pos laju tu rupe2 nye utk IZYAN.terkedu kejap.(sbb ni la 1st time aku dpt bungkusan yg sampul nye warna warni.(yelah.setahu aku barang utk pos mesti sampul warne coklat kan? kan?)




kalau kawan-kawan perasan, pic kat atas tu tercatat nama pengirim nye ialah IMRAN AJMAIN. (semua tak puas hati la tu aku dpt present dpd artis popular gitu :p) .tapi jgn la terlampau cepat nak bergosip kate aku ni seorang yg glamor.(tlg jgn sakit hati ye)




kawan baik aku time sejak sekolah rendah lg, FARAH MURSHIDAH yg kiut miut comel lote (puji dgn harapan pasni dpt present lg) tu la org yg disebalik nama Imran Ajmain tu.buat hati aku suspen je tertanye-tanye siapakah gerangan yg bagi aku pos laju tu.hurm.(siap la kamu nanti.akan aku balas semule :p)





ni la present nye..dipos laju gitu
(",)




bile aku tengok patung ni.jgn ditanye tu patung ape.sbb aku pun tak dpt nak cam dari mane die tercipta.tapi die berjaya buat aku terus tak jadi nak marah dgn kamu, wahai sahabatku.terima kasih ye utk present yg cute ni + kedengkian kamu terhadap aku yg selalu suke buat aku tertanye-tanye tu.



ish.tetibe aku terasa rindu dgn kawan2 aku time sekolah rendah dulu.memang zaman keselekehan aku tu la yg sentiasa jadi kenangan comel utk aku :)



guru kesayangan kami .:cikgu Rosita Husin:.
*kawan2, jgn marah ye aku glamorkan muke kamu semua disini.




baru aku sedar bahawa aku ni dah melepasi alam persekolahan dgn jaya nye.(lor.lambat betul).itulah saat2 yg tak mudah utk dilupekan. lagi2 bila kite semakin membesar...dan BESAR ni. (",)


Friday, October 30, 2009

...arini buat aku terasa nak menaip...


kawan2..

aku tak tau ape dah jadi ngan aku ni..

aku terasa nak bercerita..

tapi tak mampu nak buka mulut..

terasa nak menulis..
tapi time2 macam ni la kertas a4 aku abi
s..
cari kertas lain.. ade la yg recycle nye tu..
recycle pun ok gak la tu kan?
(cian nye aku..x ade sape2 yg nak bg aku ke?)

(mintak simpati plak..hee)


tapi bile dah nak mule menulis..
pen aku pulak wat hal..

time2 macam ni la die tak nak keluar dakwat pulak..
tak ade mood la tu pen aku tu..
majuk agak nye aku dah lame tak gune kn die..
(yela..aku asik gune pensil je kalau nak menulis..hee)
cian pen aku tu..

sebab tu la..
tetibe aku dapat idea nak menaip..

cian kawan2 sume kena bace ape yg aku nak taip ni..

(tu la..sape suruh buka blog ni..kan dah terpakse bac
e.haha)

sebenarnye..
"arini buat aku terasa nak menaip" tu je..
bukan ade ape2 tujuan pn..
saje suke suki..
haha.


tetibe aku terasa macam nak share ngan kawan2 sume ape yg aku rase sekarang ni...
(tapi x tau pe yg nak diceritakan sebenarnye.hee)
tak tau pe yg aku fikirkan slame ni..
entah..

kalau tanye orang len pun belum tentu boleh die jawab..

kawan2 jgn risau..

sbb aku tak kan tanye kat kawan2 semua..

macam yg aku kate tadi.. saje suke suki nak menaip..
(sebenarnye saje nak bagitau yg aku ni lg suke menaip dpd menulis.hee)


cume yg aku nak bagitau dkt kawan2 semua..
aku sgt rindukan semua orang..
lagi2 dekat family aku..

(homesick la ni.x nak ngaku plak.konon kate suke suki.hee)

time2 macam ni la aku akan terasa macam nak balik umah je sekarang..
kalau la aku ni boleh terbang..
sekarang jugak aku dah terbang balik umah aku kejap..

pastu aku balik la sini semule kan? hehe.
(angan2 mat jenin je ni)


erm.. tapi semua tu mustahil kan?
sebab tu la jgn dilayan kan aku ni kalau aku dah mule cakap yg
x logik..
x masuk akal langsung kan? haha.

dah la..

lupekan semua yg dah jadi..
lupekan je pe masalah yg ade..
(npe ayat aku ni mcm cdh je plak ni? huu)
lupekan tu x b'maksud kite buat x tau..
cume lupekan sekejap je utk kite teruskan dgn cari la ape2 utk kite isi masa2 akan datang kite ni..
btl x kawan2? hehe.

erm..
aku ni nak wat diri sendiri epy,senang je..
nak tau macam ne? hehe.
aku layan pape je yg aku rase leh wat aku epy je..

ni la salah 1 nye..
aku suke dok berangan sorg2 tatap pic fmily aku
yg amat aku syg ni..



(saje nak bagitau yg aku ni tgh blaja edit2 pic.hehe)

erm..
rindu nye saat tu..

huu~
Related Posts with Thumbnails