Showing posts with label tekanan. Show all posts
Showing posts with label tekanan. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Jiwa Kacau

Aish..(permulaan yang tak berapa nak baik)

Boleh dikatakan perasaan bercampur baur. Bukan sekarang sahaja. Tapi dah makin lama tak tahu kenapa. Hati terasa macam mahu menjerit sekuat hati bagi puas. Yes!! Itu yang saya mahu lakukan!!



tak kira dimana atau bagaimana gayanya.study itu tiada alasan.




Bila dah diberi gelaran sebagai student. Nak tak nak. Kena la terima apa jua yang perlu diterima. Kadang-kadang ada yang tak berapa nak faham perasaan kami. Kemahuan kami.

Kamu.student..
Sila buat ini. Sila buat itu. Sila siapkan ini. Sila siapkan itu. Sila hantar ini. Sila hantar itu.


Ya. Kami tahu. Kami mahu success. Kami mahu yang terbaik. Sebab itu kami tidak membantah. Sebab itu kami akur sahaja semua yang dipinta. Itu memang tanggungjawab kami.


Tapi..Masalah pasti ada. Tidak semua antara kami ini sehaluan. Tidak semua sama. Macam-macam ragam. Mahukan kata sepakat? Itu sangat susah. Lagi-lagi bila kami berlainan pemikiran.




even buku itu nampak tak menawan, tapi ia tetap buat kami tertawan. =)




Semakin hari bukan sahaja umur kami semakin meningkat. Tapi komitmen dan tanggungjawab yang diberikan juga semakin meningkat.



Kepada kawan-kawan sekalian..
Selamat menempuh alam study yang penuh cabaran dan rintangan.
Go Go Fighting!! (kata-kata semangat)
(",)



**kami cuba untuk memotivasikan diri sendiri. =)

Friday, January 15, 2010

Saat Itu Berlalu Pergi

**Be prepared : Entri ini ditype ketika perasaan bercelaru.
Sila fahami keadaan itu.
Terima kasih.




Tekanan yang melanda menjadikan pemikiran seseorang itu menjadi huru hara. Serba tak kena. Buat itu tak jadi. Buat ini tak jadi. Makin bingung pula bila difikirkan semua itu.


Semua menjadi persoalan.


Aish.


Benci betul la. Bila dibuat kajian demi kajian yang dilakukan. Apa dah berlaku ke atas diri kamu ini? Kenapa? Puas aku berteka-teki dengan nya.



Sebab aku ni tak tahu apa yang sudah terjadi. Ei, kenapa dengan aku ni? Tetiba terasa macam nak makan mee bandung Muar pun ada. (padahal baru lepas makan ni =p)




mee bandung kegemaran ramai =D




Tapi. Serius.


Aku macam nak pergi ke Muar sekarang. Aku nak mee bandung Muar jugak. Tak nak tempat lain. Siapa yang tak pernah makan mee bandung Muar? Sedap. Tahu tak?


.S.E.D.A.P.


Jangan tertipu dengan gerai atau restoran entah dekat mana-mana tu yang saja nak guna jugak nama "mee bandung Muar" masuk dalam senarai menu. Kalau sedap macam yang real mee bandung Muar tu tak apa jugak. Ini tak. Memang tak kena langsung. Huh. (emosi)




kuah mee bandung yang menyelerakan =D





ATTENTION!!!
Siapa yang belanja aku makan mee bandung Muar ni akan aku lakukan apa sahaja demi kamu.



Tak percaya kah?



Betul la tu.




























Betul la tu aku tipu. =p


*****


Aku terasa nak pergi bercuti pun ada. Boleh tak kalau aku kata aku nak cuti sekarang? Tolong!! Bagi aku cuti bersama keluarga tercinta. Ceh. Itu hanya cerita time cuti sem sahaja.




seronok nya time bersuke suki bersama mereka (",)
**kepada yg tak ada tu mintak maaf la ye.



*****



Ha, nak tahu tak?


Baru aku sedar apa yang asik buat aku berteka-teki dari tadi.

Penat buat kajian dari tadi.

Rupa-rupanya, baru aku tahu bahawa aku ini sebenarnya homesick lah.

Nak balik!!!

Rindunya dekat kampung halaman yang indah permai itu. (yeke?) =D



*****


OK.
Sudah-sudah.
Kajian dah capai kesimpulannya.
Sekarang tak perlu lagi untuk berteka-teki lagi. (",)








**sebenarnya,sangat tension dengan lab report ni.
Ok, sekarang tiba masa untuk sambung kerja.

Selamat Tinggal.






Monday, November 2, 2009

kenapa perlu ade rase menyesal...hurm..

kali ni aku x tau ape maksud tajuk entri aku ni..
x ade motif..
x ade tujuan..
x ade penerangan..

semua nye berlaku dengan satu perasaan
yg mmg dah sebati dlm diri kite ni
nak tau ape?
"menyesal"
perasaan ni la yg slalu buat org mula berfikir di luar kotak pemikiran mereka
kenapa ek?
jgn tanye aku..
jgn tanye org lain..
tp tnye la diri sndri..

aku xtau npe mood aku sgt xbaik minggu ni..
aku xtau npe aku jd sgt rase serba salah dgn ape yg aku xdpt wat spt yg aku hrpkn..
itu ke name nye "menyesal" ?
erm?

tolong lah..
wat aku lupekan sume rase sesal ni..
banyak lg benda lain blh fikir kn?


..Ya Allah..
..hanya KAU yg boleh tolong aku..
..utk aku lupekan sume nye yg dah b'lalu..


sbb tu org slalu kate..
"x ade gune utk dikenang perkara yg dah lepas"
tp nape aku sgt sush utk lupekn sume tu?
huh.
sgt benci bile ade perasaan spt ni...

hurm...:(

Related Posts with Thumbnails