Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Nak Tahu Tak?

Entah macamane aku dapat idea nak tulis ni.
Konon-konon dengan harapan dapat la bagi sikit kelainan dekat blog aku ni.
Yela. Ramai yg puji blog aku ni banyak betul cerita pasal makanan.
Bila buka blog aku je mesti lapa. Heh.


*****


Entri kali ni aku nak cerita yg menarik-menarik je.

FAKTA MENARIK tu apa?

Suatu FAKTA yg korang tak tau before ni tapi bila dah tau, korang rasa MENARIK.
( Peh. Siap ada definisi. Bangga sekejap. =p )

Nak tahu?
Dunia kita ni sebenarnya banyak sangat something yg betul-betul jadi tapi kita yg tak tahu atau malas nak ambik tahu atau memang tak tahu langsung atau tak pernah terfikir pun pasal tu.


*****


Tak faham?
Contoh nya.



Bila korang bersin sebenarnya semua organ dalam badan korang tak berfungsi termasuklah jantung. Sebab bersin berlaku secara refleks, otot-otot akan menegang. Tapi lepas bersin, semua nya akan berfungsi seperti biasa macam tak ada apa-apa yg berlaku tadi. Ha, menarik kan? (^.^)


Nak yg lagi menarik?

Bersin ialah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Bila kita bersin, udara kotor keluar melalui hidung dan mulut dengan kelajuan 161 km/jam. Fuhh..laju betul. Ada lagi yg menarik pasal bersin ni, tapi agak menakutkan.

  • Bersin terlalu kuat, boleh meretakkan tulang rusuk.
  • Menahan dari bersin, boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah.
  • Kalau paksa buka mata time bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

So, kalau terasa nak bersin, jangan tahan. Bersin lah sepuas hati. =p
Tapi jangan lupa. Dalam Islam, bersin pun ada adab nya sendiri tau. Apa dia? Boleh baca di sini.

* Tetiba teringat kat kawan yg bila dia bersin sangat comel bunyinya. Acum. Acum. Haha.


*****


Apa yg korang tak tahu pasal lelaki dan wanita ?



  • Lelaki lebih mudah mendapat buta warna, iaitu 10 kali ganda berbanding wanita.
  • Wanita mengedipkan matanya dua kali lebih banyak dari lelaki.
  • Lelaki mempunyai tulang yang lebih panjang berbanding wanita. ( Patut lah lelaki selalu tinggi. Huh ).
  • Dari segi psikologi, wanita lebih bersikap mudah mengikut kata hati berbanding lelaki.
  • Seorang lelaki lebih mudah membaca tulisan yg kecil berbanding wanita.
  • Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
  • Lelaki sering beri tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala wanita lebih kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. ( Wanita mudah touching. Tengok cerita hindustan je pun dah sedih. Maybe sebab tu selalu dikaitkan dengan suka merajuk. Heh ).
*****

Agak-agak kan, ada tak fakta yg menarik tentang makanan?

*gambar sekadar hiasan*
Saje nak buat korang makin lapa. =p


Nak jugak aku ni cerita pasal makanan kan? Heh.
Tolong lah faham. Makanan dan saya tak boleh dipisahkan. (",)

Fakta menarik yg berkaitan dengan makanan :
  • Buah strawberi adalah satu-satunya buah yg biji atau benihnya berada di luar kulit.
  • Air koko atau coklat menyumbang lebih banyak tenaga berbanding air kopi atau teh. ( Yey! Suka!! )
  • Mengunyah gula-gula getah dapat elakkan menangis semasa kupas bawang.
  • Minyak kacang tanah dapat digunakan untuk membuat lukisan.
  • Warna asal air Coca Cola adalah warna hijau. ( Pelik nya dari hijau jadi hitam. Jangan minum la. =p )
  • Kacang soya memudahkan proses pencernaan.
  • Beras perang mempunyai kalsium yg lebih tinggi berbanding beras putih.



*****


Cukup la tu kan? Kalau korang nak lagi, tunggu aku rajin lagi ye.
OK.
Selamat Jalan. Eh, silap. Selamat Tinggal. =))

Monday, May 17, 2010

Perlu ke Kreatif Kalau Nak Melukis?

Kalau ada yg kata dia tak pernah melukis gambar rumah, itu tipu. Siapa kata dia tak tahu lukis pun itu tipu.




Aku tipu kalau aku kata ni lukisan aku, sebab rumah aku bukan warna kuning. =p



Semua orang tahu lukis. Cuma cantik ke hodoh lukisan yg dilukis tu  je yg membezakan setiap orang. Maybe itu pun boleh membezakan kreativiti seseorang. Korang kreatif tak? Aku tak. Oh, pengakuan jujur betul. T_T 


*****


Zaman sekolah dulu, dah macam-macam yg cuba cikgu aku tolong untuk tambahkan ke-kreativiti-an aku ni. Tapi serious memang aku mengaku aku tak sekreatif kawan-kawan aku time tu. Peh, sakit hati je bila tengok diorang senang-senang dapat A untuk subjek Pendidikan Seni. Tapi aku? Dapat gred B pun belum tentu tau. (nada emosi)

Korang, sudah la tu. Jangan nak mengata aku je. Memang sampai sekarang ni korang jangan sibuk-sibuk nak suruh aku melukis. Kalau nak tahu, lukisan aku lah yg hodoh tu.(-.-)

Nasib baik tu cuma zaman sekolah rendah. Kalau sampai sekarang ni pun aku dipaksa ambil subjek Pendidikan Seni tu mesti aku boleh jadi kreatif kan? Eh, tetiba pulak. Heh.


*****


Eleh.korang pandai lukis ke? ( tetiba rase nak cabar =p )


lukisan buah-buahan tetap menjadi pujaan hati


Sudah. Aku nak pergi practise lukis lagi ni. Siap la korang bila aku dah pandai lukis dengan proper nanti akan aku bagi announcement. Heh. (dengan harapan)


Wednesday, May 12, 2010

Bila Gigi Bongsu Mula Tumbuh

Gigi..Ohh...Gigi.
Kenapa kau tumbuh?
Aish...

Ha, apa gelak-gelak? Jangan nak mengata je. Tahu la gigi saya comel. Itu mak saya yg puji. Sampaikan tak nak bagi saya pakai pagar besi ( tu bahasa mak saya, maksudnya braces la tu). =p


Tak tahu braces tu apa? Kesian betul.


Contoh braces yg berwarna-warni.


Comel kan? Tapi jangan pandang pada rupa nye yg colouful tu. Korang tahu tak betapa sakitnya pakai braces tu? Memang la nanti akan buat gigi korang paling menawan sampaikan setiap kali senyum mesti sengaja nak tayangkan gigi korang tu. Kalau boleh, 24 hours lah korang nak senyum. =)


Tak semestinya kalau korang tak pakai braces, korang tak boleh nak senyum banyak kali. Bukan semua orang kena pakai pun. Tahu tak harga untuk pakai braces ni mahal. Then, kalau dah pakai kena la lebih manjakan gigi korang tu. Kena rajin jumpa dentist. So, decide la betul-betul kalau teringin nak pakai braces ye.


*****



Aku memang suka buat pendahuluan lari dari tajuk ni. Heh.


Siapa yg dah tumbuh gigi bongsu? Sila angkat tangan sekarang. Kemudian, sila berkongsi pengalaman anda tidak melebihi 250 patah perkataan. Terima kasih.


Sebenarnya pertumbuhan gigi ni pun ada peringkatnya. Pernah dengar gigi susu? Itu tumbuh time kita zaman baby dulu. Tapi kalau korang dah masuk umur 20-an tapi tetiba terasa macam sakit gusi pastu nampak gigi korang dah bertambah bilangannya. Ha, tu dinamakan gigi bongsu mula tumbuh.



wisdom tooth = gigi bongsu


Gigi bongsu ni sebenarnya gigi geraham yg paling hujung sekali. Tapi dia tumbuh lambat sikit. Cara dia nak tumbuh pun sesuka hati je. Ada yg bertuah tapi ada jugak yg tak bertuah.

Bukan apa, sebab ada orang yg tumbuh gigi ni sampai demam, ada yg sampai susah nak buka mulut, tak boleh nak makan, susah nak bercakap and ada jugak sampai dapat cuti sakit dari doktor sebab tak boleh nak pergi kerja or kuliah.


Kesian... ="(




Bagi orang yg bertuah pulak, gigi bongsu ni tumbuh bila pun boleh diorang tak perasan. Tetiba je tengok dah tambah gigi diorang tu. Aish..jealous betul la dengan orang kategori ni. (sebab aku dalam golongan yg tak bertuah tu) T_T




****


Boleh tak kalau nak kata..bila dah tumbuh gigi bongsu makna nya dah dewasa? Heh. Dengan harapan aku jadi semakin dewasa sekarang ni. =))





p/s : Siapa yg belum tumbuh gigi bongsu lagi tu, sila bersiap sedia ye. Good Luck!!
Related Posts with Thumbnails