Apabila difikirkan, memang perasaan ini tidak mahu meninggalkan.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berperasaan ini,
amat senang berasa ketinggalan.
Apabila dihitung, memang perasaan ini tidak mahu menghampirinya.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berpengaruh ini,
amat senang berasa ketinggalan.
*pic sumbangan dari cik Google =p
ADOI....tak perlu lah aku guna ayat yang berbunga-bunga lagi macam tu.(konon-konon macam berbunga lah, padahal tak pun). Buat pening kepala nak membaca nya kan? Nak memahamkan nya lagi lah boleh buat orang sakit hati. ye kan? =)
Ala..sebenar nya bukan apa pun. Aku cuma kurang bersemangat (malas lah tu =p) untuk kembali ke 'sekolah'.
" Ayuh kembali ke sekolah!! Ayuh!!"
(sambil lompat-lompat kegirangan)
Erm, itu hanya lah perasaan gumbira ketika kecik-kecik dulu. ( itu tak bermaksud sekarang ini aku sudah tua. FAHAM? :p) . Time tu gembira bukan sebab mahu ke sekolah tetapi excited untuk memakai kasut baru, uniform sekolah baru, bag baru, semua nya serba serbi baru lah boleh dikatakan. Sekarang? Jangan harap lah.
Semester baru kali ini akan membuatkan aku menjadi semakin mature dan berdedikasi.(cewah). Diiringi pula dengan azam baru sempena Maal Hijrah ini, aku tidak lagi berpaling ke belakang macam cerita Jangan Pandang Belakang itu. (abaikan.tak ada kena mengena langsung ye =p)
Aku hanya mahu mengucapkan kepada kawan-kawan yang memang suka membuang masa (word yang sepatut nya adalah meluangkan masa kan? kan?) membaca blog aku ini... Selamat melangkah ke semester baru ye.... Success!! Success!! (buat gaya lompat bintang sekali tau). (",) .
No comments:
Post a Comment