Monday, August 2, 2010

Nak Tahu Tak?

Entah macamane aku dapat idea nak tulis ni.
Konon-konon dengan harapan dapat la bagi sikit kelainan dekat blog aku ni.
Yela. Ramai yg puji blog aku ni banyak betul cerita pasal makanan.
Bila buka blog aku je mesti lapa. Heh.


*****


Entri kali ni aku nak cerita yg menarik-menarik je.

FAKTA MENARIK tu apa?

Suatu FAKTA yg korang tak tau before ni tapi bila dah tau, korang rasa MENARIK.
( Peh. Siap ada definisi. Bangga sekejap. =p )

Nak tahu?
Dunia kita ni sebenarnya banyak sangat something yg betul-betul jadi tapi kita yg tak tahu atau malas nak ambik tahu atau memang tak tahu langsung atau tak pernah terfikir pun pasal tu.


*****


Tak faham?
Contoh nya.



Bila korang bersin sebenarnya semua organ dalam badan korang tak berfungsi termasuklah jantung. Sebab bersin berlaku secara refleks, otot-otot akan menegang. Tapi lepas bersin, semua nya akan berfungsi seperti biasa macam tak ada apa-apa yg berlaku tadi. Ha, menarik kan? (^.^)


Nak yg lagi menarik?

Bersin ialah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Bila kita bersin, udara kotor keluar melalui hidung dan mulut dengan kelajuan 161 km/jam. Fuhh..laju betul. Ada lagi yg menarik pasal bersin ni, tapi agak menakutkan.

  • Bersin terlalu kuat, boleh meretakkan tulang rusuk.
  • Menahan dari bersin, boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah.
  • Kalau paksa buka mata time bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

So, kalau terasa nak bersin, jangan tahan. Bersin lah sepuas hati. =p
Tapi jangan lupa. Dalam Islam, bersin pun ada adab nya sendiri tau. Apa dia? Boleh baca di sini.

* Tetiba teringat kat kawan yg bila dia bersin sangat comel bunyinya. Acum. Acum. Haha.


*****


Apa yg korang tak tahu pasal lelaki dan wanita ?



  • Lelaki lebih mudah mendapat buta warna, iaitu 10 kali ganda berbanding wanita.
  • Wanita mengedipkan matanya dua kali lebih banyak dari lelaki.
  • Lelaki mempunyai tulang yang lebih panjang berbanding wanita. ( Patut lah lelaki selalu tinggi. Huh ).
  • Dari segi psikologi, wanita lebih bersikap mudah mengikut kata hati berbanding lelaki.
  • Seorang lelaki lebih mudah membaca tulisan yg kecil berbanding wanita.
  • Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
  • Lelaki sering beri tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala wanita lebih kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. ( Wanita mudah touching. Tengok cerita hindustan je pun dah sedih. Maybe sebab tu selalu dikaitkan dengan suka merajuk. Heh ).
*****

Agak-agak kan, ada tak fakta yg menarik tentang makanan?

*gambar sekadar hiasan*
Saje nak buat korang makin lapa. =p


Nak jugak aku ni cerita pasal makanan kan? Heh.
Tolong lah faham. Makanan dan saya tak boleh dipisahkan. (",)

Fakta menarik yg berkaitan dengan makanan :
  • Buah strawberi adalah satu-satunya buah yg biji atau benihnya berada di luar kulit.
  • Air koko atau coklat menyumbang lebih banyak tenaga berbanding air kopi atau teh. ( Yey! Suka!! )
  • Mengunyah gula-gula getah dapat elakkan menangis semasa kupas bawang.
  • Minyak kacang tanah dapat digunakan untuk membuat lukisan.
  • Warna asal air Coca Cola adalah warna hijau. ( Pelik nya dari hijau jadi hitam. Jangan minum la. =p )
  • Kacang soya memudahkan proses pencernaan.
  • Beras perang mempunyai kalsium yg lebih tinggi berbanding beras putih.



*****


Cukup la tu kan? Kalau korang nak lagi, tunggu aku rajin lagi ye.
OK.
Selamat Jalan. Eh, silap. Selamat Tinggal. =))

3 comments:

syima hanifah said...

ceh dh cam blog doktor..
pe2 pn info tu mmg bagus..
acum,opsss..terbersin pulak
daa..

NUR HIDAYAH ABU said...

SUKA BACA IZYAN MEREPEK~~NGEE

spOngebOb kUniNg said...

syima : haha.doctor to be..hee~

dayah : aq pn ske!! ngee~

Related Posts with Thumbnails