Wednesday, December 16, 2009

Mereka Insan Biasa

seorang yang bernama insan biasa.
pastinya dan sudah semestinya.
tidak mampu untuk memikirkan mengenai semua perkara.

tidak mampu kah kamu wahai insan biasa?
untuk mengucap kan kata-kata kesyukuran?
walau hanya sekejap?
ataupun hanya sepatah perkataan?

kamu...
lupa akan apa yang dimiliki dan dikuasai.

kamu...
lupa akan segala yang diterima dan dianugerahi.

kamu...
lupa akan kenikmatan kesyukuran yang sentiasa ada dalam hidup ini.


wahai kamu yang bergelar insan biasa...




jangan jadikan kamu hanya seperti bayang-bayang yang hanya mengikut sahaja ke arah mana sekalipun yang ditujui.tanpa persoalan.tanpa bantahan.hanya akur sahaja. =(

jangan jadikan kamu hanya sebagai alasan yang tidak boleh menjadikan apa yang dimahukan.tidak boleh menjadikan apa yang dirancangkan.tidak boleh menjadikan apa yang diharapkan.

itu tidak mustahil bukan?





teropongi lah diri kamu wahai insan biasa...

renungkan apa jua.yang telah dilakukan.yang sedang dilakukan.yang akan dilakukan. (",)

berUSAHA lah selagi mampu.
berDOA lah selagi mahu.
berTAWAKAL lah selagi...

kamu menyedari kehadiran NYA. =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails