Friday, April 30, 2010

Sedap Sampai Menjilat Jari.Tapi...

Eh, eh..blog saya ke ni? Aish..macamane boleh lupe pulak ni yg saya ade blog ek? Maafkan la blogger yg pemalas nak mengupdate blog dia ni ye.(-.-)


*****


Hari ni. Bangun-bangun dari tido aku dah dikejutkan dengan msg dari seorang kawan baik aku yang baru je diterima kerja sementara di sebuah restoran berjenama. (eh..ade pulak makanan berjenama)..Silap. Restoran ternama la. (ternama pun macam pelik je). Restoran terkenal kot yg paling sesuai. Aish, tak kisah la mana satu pun. =p


Nak start bercerita kena la bagi suspen sikit kan? (",)
Msg dia lebih kurang macamni..(tapi aku ubah sikit bagi nampak lagi proper sikit la)

" Salam..lepas ni ko jgn makan sushi lagi dekat sini tau. Diorang rendam bahan-bahan untuk buat sushi tu dalam arak. Aku dapat tahu bila aku sendiri nampak time kerja . Sekarang, aku dah berhenti kerja."

Termenung sekejap after baca msg tu. Aku baca dua kali just nak pastikan yg time tu aku tak mamai lg. (mamai = pening kepala baru bangun tido) .

Lepas tu, aku try flashback.

Apa yg aku pernah makan? Macamane rase nye? Time tu aku ingat baca doa tak? Sbb aku pernah terbaca kat blog siapa aku lupa. Tapi ada entri tu cerita, kalau kita dah baca doa before makan, even makanan tu tak elok pun insyaALLAH, akan jadi elok untuk kita. Sbb tu kena diamalkan baca doa before makan. Ingat tu ye. =)

Time tu aku memang yakin je apa yg aku makan. Tak ada langsung rasa was-was. Terfikir yg makanan tu tak halal lagi la tak terlintas langsung dalam fikiran ni.


*****


Aish..tapi perasaan ingin tahu aku ni yg makin menjadi-jadi.. So, sempat jugak aku tengok-tengok dekat En.Google before tulis entri ni. Apa yg aku dapat?

Hah. Ni dia.


sushi unagi = ikan belut + nasi pulut



Dari research yg sempat dibuat oleh aku. (ceh, tolong jgn rase geli utk bace ayat ni ye. =p )

Sushi ni sebenarnya halal jika bahan makanan yg digunakan untuk buatnya pun halal. Contoh sushi unagi tu. Ikan belut tu kalau dimasak dengan cara yg betul memang kita boleh makan. Sbb selalunya sushi ni dikaitkan dengan makanan yg mentah or separuh masak. Kalau kes yg macamtu la yg tak digalakkan dalam Islam. Sbb takut perkara macamni yg terjadi.



En. Shota Fujiwara = peminat sushi dan sashimi

Dia terpaksa menahan derita sakit kepala bila ada beberapa ekor ulat yg baru menetas dan hidup bersenang-lenang di dalam otaknya tu akibat makan sushi dan sashimi yg mentah.



*****


Tapi dekat Malaysia ni cara pembuatan sushi nya lain dari Jepun. Sebab tu ada kemusykilan mengenai hukum halal haram sushi ni.

Beza pembuatannya, kalau di Jepun diorang gunakan sake or lagi senang dikenali sebagai arak untuk jadikan sushi tu lebih tahan lama. Kalau kes ni memang haram sbb arak tu haram untuk umat Islam kan? Tapi kalau kat Malaysia ni, diorang gantikan arak tu dengan cuka. Dalam kes ni, memang halal.

Tapi kalau nak tahu, tak semua restoran di Malaysia yg buat sushi gunakan cuka tu untuk gantikan sake. Aku pun tak berani nak kata apa. Just korang try baca ni kalau nak tahu lebih lagi pasal restoran terkenal sushi kat Malaysia ni yg tak pernah lagi dapat kelulusan JAKIM.


*****


Kesimpulan dari research aku... ( tolong terima kenyataan dia reseacher yg hebat. Peh, siap ada conclusion tu. =p )

Daripada kita ragu-ragu, syubhah, was-was, fikir bukan-bukan..lebih baik kita makan yg memang confirm kita sendiri tahu hukumnya halal. Ha, lagi seronok. Boleh makan dengan senang hati.

Nak disenangkan cerita lagi, kalau teringin sangat nak makan sushi tapi takut halal haram nya, pergi buat sushi sendiri. Tak tahu caranya? Boleh belajar dekat sini. Lepas tu, kalau dah buat bagi aku sikit eh. ( " __ " )



3 comments:

Nurul Husna said...

geli gle tgk ulat tu!!ak prnh dgr cte nie dl.lec pgurusan pniagaan bgtaw.tp xprnh terpk lak nk wat research mcm ko.hehe..thanks 4 the info

xeea said...

iye ke?
sedeynyeeeee. dah aa aku peminat sushi. esp unagi tu lah :(

yg aku tau, jgn mkn sushi yg raw type je. mmg tak elok.

spOngebOb kUniNg said...

husna : aku mmg suke buat research ni.hehee.u'r welcome!

xeea : erm,xdpt la nk mkn lg. ="(

Related Posts with Thumbnails