Thursday, February 25, 2010

Tiada Halangan Untuk Bersuka Ria

Memang serious.
Bukan lupa.
Bukan tak ingat.
Tapi tak sempat.


Maaf ye blog..
Dah lama betul tak jengok kamu ni.
Tapi tengok.
Sekarang dengan bersemangat ni.
Bukan setakat jengok je tau.(",)


Aku busy lah.
Aku banyak kerja lah.
Aku tak ada masa lah.
Itu alasan semata.


Kan seronok kalau jadi baby kan?
Makan.Tidur.Makan.Tidur.
(padahal yang budak besar ni pun selalu je makan tidur =p)


Tapi.
Sebenarnya budak besar lagi best.
Kau boleh buat apa kau suka.
(nada macam nak buat jahat je)


*****


Dulu aku pernah kata..
"ice skating tu membazir untuk orang yang tak tahu langsung main."
(tetiba aku sibuk nak cerita pasal ice skating pulak)



Sebenarnya saje nak cerita yang aku ni terlampau excited 1st time aku pergi ice skating tu. 3 jam main. Sampai sakit-sakit badan (sebab banyak kali jugak jatuh.hehe). Dari tak tahu apa. Sekarang. Pehh...(nada sikit berlagak)


Kalau aku ni diajak pergi ice skating lagi, mesti aku pergi lah.
(tapi korang bayarkan untuk aku la.boleh?)


Disebabkan aku dah tahu main ice skating. Mari sini duduk diam-diam. Aku akan bagi tips-tips yang menarik ni. =D


*****



Tips 1 :
Sila tukar kasut comel kamu tu dengan kasut khas untuk ice skating ikut saiz kaki kamu ye. Sebelum tu, pakai stokin. Nanti melecit,sakit.. (T.T) .





Tips 2 :
Pastikan tali kasut tu diikat dengan kemas eh. Then, sila ambil gambar kasut tu seperti gambar diatas. (nak abaikan pun boleh.=p)





Tips 3 :
Mainlah sesuka hati kamu dengan gumbiranya, asalkan jangan langgar orang lain sudah lah. Tapi untuk kes yang macam aku tu..(-.-)..

Sila belajar untuk stabilkan diri dulu. (ice skating sambil tangan berpaut dekat tepi-tepi dinding) . Then, kalau rasa diri tu dah hebat (sikit), boleh try the real ice skating pulak. =D




**gambar diatas sekadar hiasan.sila abaikan kegedikan budak yang memegang bag itu.terima kasih. =)





Tips 4 :
Pastikan bawak siap-siap stokin dan sarung tangan(kalau ada) dari umah. Kalau tak, tolong sediakan duit yang cukup untuk beli tau. =D


*****


Sekian..tu je yang boleh aku share sebenarnya. Aku bukan tahu sangat main. Asalkan happy, puas hati, excited sudah. =p





***Lupa nak bagitau.
Kalau nak tahu. Tempat ice skating ni dekat Sunway Pyramid. Bayar RM25(sekali masuk) + RM8(sarung tangan) = RM33 seorang.

So, ape lagi? Ice skating jom!! (macam promoter la pulak) =p

8 comments:

xeea said...

oooooo.
pi pyramid tak singgah puchong ehhh.
aku report kat abg apis. hahaha
blagak aa ko pasni eh.
mementang dah padai skating. huu

Anonymous said...

wahhh best nye....ooooo pegi x ajak pown.....sampai ati!!!! huhuhu

ex LDK_KMJ said...

waahh enjoy abis ko ye??mst semput2 msa ngah skate kn mcm bskal xde mnyak..hahhaha..ap ak mrepek nih??hntam sjalah labu jji bhgia..kua2

nayziroon said...

along...
ala..time tu abg apis kn anta alg blk ganu.mmg xleh nk singgah pn. (ada alasan.hehe)

tha...
hehe.time tu cuti la.xsempat nk ajak.len kli t aq ajk ye. =D

ex LDK_KMJ...
sape ni ek?nway,thx cz mngikuti blog aq.hehe.
ha'ah.time tu enjoy gle.hehe.

humairahalil said...

wah wah dan wahh lagik!!!!
weeeeee~
seronotttnyeeerrrr...
nak jugak men mendealahh tuhh..
kak yan,jom jom buli abg abil,
suruh die banje kte nan akk men ice skating..
heeeeeeeeee~

nayziroon said...

maira...
ha'ah mmg seronok.hehe.
jom2!!
akak mmg suke buli abg habil ni.
pe lg?
kte ajak ramai2..
abg habil blnje.(msti abg habil xpuas ati)
hee~

H bkn name sbnr said...

eh..klu kak blnje lg besh.
kak yan ngh tegak tu.
bnyk duit.
kn kak yan kn?
(ttibe rase nk pggil kak yan)
=P

nayziroon said...

H bkn name sbnr...
kak yan tgh goyang2 la ni.abg habil tu yg tegak.aish..(ttbe bahasekn dri pn akk plak).hehe.

Related Posts with Thumbnails