Friday, May 21, 2010

Idaman Hati

Siapa orang Jawa atau pun ada keturunan Jawa? Ha, korang suka makan apa? Sambal goreng? Tempe? Lodeh? Pecel Ayam? kurk..kurk...(bunyi perut kelaparan)

Kalau korang bukan orang Jawa mesti korang tak tahu pecel ayam tu apa kan? Tapi ada je orang Jawa macam aku ni yg tak tahu jugak. Tapi tu dulu la. Heh.


Pecel ayam ni SEDAP!!


Pecel ayam sebenarnya nasi putih + ayam goreng + kuah sup + sambal + sayur. Kalau korang tengok, biasa je makanan ni. Cuma yg bagi rasa sedap dan kelainan dekat sambal and kuah sup nya. Kalau sambal nya yummy and spicy, sedap la pecel ayam tu. Tapi aku tak tahu sambal ni sebenarnya sambal apa. Kawan aku kata sambal belacan. Maybe. Tapi yg penting kena dengan cita rasa sedap je. =))


Yummy!! (",)


Makanan ni asal dari negara seberang. Mana lagi kalau tak Indonesia. Sebab tu kebanyakan orang Jawa je yg suka. Tapi ramai jugak yg bukan orang Jawa pun suka. Heh.

Kalau korang nak tahu makanan ni sangat mendapat sambutan tau. Siap ada group dekat facebook lagi. Tak percaya? Buka link ni.


*****


Apa makanan yg memang tak boleh lari dari makanan kegemaran orang Jawa?


T.E.M.P.E


Tempe sebenarnya diperbuat daripada kacang soya. Kalau nak tahu, tempe pun ada kelebihannya tau. Bukan setakat sedap tapi berkhasiat. Ini lah namanya makan mengikut gaya hidup sihat. =)

Disebabkan khasiatnya terlampau banyak. Aku pun jadi malas nak type dekat sini. So, kalau korang nak tahu kelebihan makan tempe ni, korang bacalah sendiri dekat sini atau sana.

Tempe tak sedap? Siapa kata? Tempe ni bukan setakat boleh goreng je tau. Tapi banyak lagi menu yg boleh dipelbagaikan dengan tempe ni. Contoh yg paling senang and aku suka :


Tempe masak kicap


Kicap pun sebenrnya diperbuat daripada kacang soya jugak. Maybe sebab tu la kot bila dimasak dengan tempe buatkan rasaya bertambah sedap!! Kalau tak tahu apa tu kicap and kenapa ada sesetengah orang tak boleh nak makan nasi kalau tak ada kicap, nanti saya cerita dekat entri lain pula ye.

Korang tak pernah makan tempe? Try la rasa. Then, kalau korang pun suka makan tempe, jangan lupa nak like dekat facebook ni. (tetiba promote page ni pulak)

Tapi before tu, pernah terfikir kalau tempe ni dijadikan sebagai nugget?





Erm, teringin nak rasa nugget tempe ni. Macam sedap je. Kalau aku jumpa, mesti aku makan hari-hari agaknya. Tapi ada ke jual dekat sini? Huh.







p/s : Oh, TIDAK!!! Kenapa saya rasa nak makan tempe kicap masakan mak saya sekarang jugak! T__T

Monday, May 17, 2010

Perlu ke Kreatif Kalau Nak Melukis?

Kalau ada yg kata dia tak pernah melukis gambar rumah, itu tipu. Siapa kata dia tak tahu lukis pun itu tipu.




Aku tipu kalau aku kata ni lukisan aku, sebab rumah aku bukan warna kuning. =p



Semua orang tahu lukis. Cuma cantik ke hodoh lukisan yg dilukis tu  je yg membezakan setiap orang. Maybe itu pun boleh membezakan kreativiti seseorang. Korang kreatif tak? Aku tak. Oh, pengakuan jujur betul. T_T 


*****


Zaman sekolah dulu, dah macam-macam yg cuba cikgu aku tolong untuk tambahkan ke-kreativiti-an aku ni. Tapi serious memang aku mengaku aku tak sekreatif kawan-kawan aku time tu. Peh, sakit hati je bila tengok diorang senang-senang dapat A untuk subjek Pendidikan Seni. Tapi aku? Dapat gred B pun belum tentu tau. (nada emosi)

Korang, sudah la tu. Jangan nak mengata aku je. Memang sampai sekarang ni korang jangan sibuk-sibuk nak suruh aku melukis. Kalau nak tahu, lukisan aku lah yg hodoh tu.(-.-)

Nasib baik tu cuma zaman sekolah rendah. Kalau sampai sekarang ni pun aku dipaksa ambil subjek Pendidikan Seni tu mesti aku boleh jadi kreatif kan? Eh, tetiba pulak. Heh.


*****


Eleh.korang pandai lukis ke? ( tetiba rase nak cabar =p )


lukisan buah-buahan tetap menjadi pujaan hati


Sudah. Aku nak pergi practise lukis lagi ni. Siap la korang bila aku dah pandai lukis dengan proper nanti akan aku bagi announcement. Heh. (dengan harapan)


Friday, May 14, 2010

17 Soalan Perlu Dijawab

Aku diberi tanggungjawab untuk jawab soalan-soalan ni. So, korang terpaksa support aku la ye dengan baca entri ni. Pura-pura korang berminat pun takpe la. T__T


Tapi rasanya lebih menarik kalau dimulakan dengan pic ni



Q = Question
&
A = Answer


Yeah!!! Fighting!!


*****


1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda ?
>>> Sampai hati dia tikam aku dari belakang. Aku lagi suka kawan yg tikam dari depan daripada belakang. Sebab kalau dari depan boleh elak kan? Heh. Jauhkan la dari kawan macamni. Tapi nak buat macamne, semua ada perangai masing-masing. Kalau ada pun, harap kawan tu dapat berubah jadi lebih baik. Amin...

2) 7 orang dihati anda ?
>>> 7 orang je? Tak cukup ni. Aku sayang lebih dari tu.








Ha, ramai tu kan? ( pic aku ada sekali sebab aku pun sayang diri sendiri =p )
Family aku ni lagi ramai sebenarnya, tapi tak muat nak letak banyak-banyak dalam ni. Yela, kan aku dah kata tadi aku sayang ramai orang. Heh.

Selain tu, ada lagi yg aku sayang..
Siapa? Mesti la kawan-kawan aku. Even kawan aku yg tikam dari belakang tadi tu pun aku sayang tau. Asalkan nama nya kawan, tak kisah korang ni macamane. Ya, aku sayang korang.

3) Anda rasa anda kacak comel ?
>>> Comel tu apa ye?


Macamni ke?




Ke macamni?




Pingu!! Pingu!! Rindu nak tengok cerita comel tu lagi. (",)


4) Single or taken ?
>>> Eh, kenapa perut berbunyi-bunyi pulak tetiba ni. Saya lupa nak makan tadi. Saya makan dulu la ye. Lapa. Lapa. =p

5) Blog yang mana anda suka ?
>>> Blog yg aku suka baca la. Blog yg boleh buat aku gelak. Boleh buat aku hilang tension. Boleh bagi info dekat aku. Boleh bagi aku rasa seronok. =))


6) Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
>>> Setiap hari kena kemas eh? owh..baru tahu. =p


7) Lagu yang terakhir anda dengar ?
>>> The Show by Lenka (sebab tu lagu dalam blog aku. So, tiap kali aku update blog, terpaksa dengar lagu ni)


8) Last text message ?
>>> Bagi kata-kata semangat dekat dia yg baru nak start exam. Fighting!! Berusaha!!

9) Last phone call ?
>>> Call ibu tercinta dengan harapan nak wish Happy Teacher's Day. Tapi rupa-rupanya aku cepat sehari pulak. Ingatkan hari ni 16 Mei. ="(


10) Hari terakhir anda menangis ?
>>> Eh, kawan-kawan dah panggil nak pergi kelas ni. Tak boleh pergi lambat. Kami pelajar cemerlang. Pergi dulu la ye. Tata.


11) List 5 warna kegemaran anda?
>>> Lor..banyak nye warna kegemaran? Kenapa aku ada satu je? ORANGE COLOUR.


12) Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
>>> YM tu stand for what? Heh. Since YM aku dah tak betul, aku lupa cara-cara nak ber'YM'. ="(


13) Game yang anda paling suka ?
>>> Merujuk kepada game indoor ke outdoor ek? Sebab aku suka main game apa yg ada dalam laptop aku ni je. Feeding Frenzy dengan Spongebob Collapse.


14) Adakah anda peminat MCR ?
>>> MCR tu My Chemical Romance ke Mak Cik Rosnah? Sebab saya tak minat My Chemical Romance tapi saya minat Mak Cik Rosnah sebab nasi lemak yg dia jual sedap! =))


15) Apa perasaan anda masa jawab tag ini ?
>>> Keliru. Sebab dari tadi asik fikir hari ni aku nak order makanan apa. Any suggestion?


16) Anda rasa tag ini best ?
>>> Lupa pulak yg ni sebenarnya tag. Patut la saya kena jawab. Huh.


17) Tag lagi 10 orang
>>> Boleh tak kalau saya nak tido sekarang? Penat la jawab soalan ni banyak sangat. Selamat Tidur! =p




*****


Untuk pengetahuan semua. Soalan-soalan tadi tu saya dapat dari kawan saya yg telah mengtag saya. Terima kasih ye. Lagi-lagi sebab tag ni disertakan dengan




Fuuyyooo!!! Award tu! Even aku belum layak untuk dapat award macamni sebenarnya. Yela. Aku kan blogger yg pemalas. Mintak maaf jugak sebab aku baru jawab tag ni setelah sekian lama kamu bagi. Anyway, thanks ye kawan.
Related Posts with Thumbnails