Thursday, May 6, 2010

Siapa kata belajar di IPTA tak seronok?

Situasi 1 : Time short sem

Dulu...macam-macam aktiviti yang diplan.

Konon nak cari kerja part time la.

Berangan nak pergi bersuka ria cuti-cuti Malaysia la.

Yg paling best, plan nak pergi survey tempat untuk program semester depan. Wah, hebat. (Sila abaikan eh)

Tapi tu dulu.

Kesudahannya...



ohho..tidur tu suatu kebahagiaan. =))



Eh, tapi selain tu ada lagi aktiviti yg lebih menarik la.

Apa dia?



mata makanan = gila makanan


La..tak faham ke apa tu mata makanan? Aku sendiri pun tak tahu mana datang ayat tu. Ha,yg korang selalu dengar mata duitan kan? Kali ni aku kenalkan simpulan bahasa yg baru. "Mata Makanan" . Tapi dinasihatkan : adik-adik jangan masukkan simpulan bahasa yg baru ni dalam karangan kamu ye. =p


*****


Dah. Tadi cuma aku nak share betapa bahagia time short semester ni. Ayat hanya menyedapkan hati semata-mata. T_T . Sekarang bukan nak cerita tu. Tapi aku sibuk nak jugak cerita time before aku start short sem. Maksudnya, after final exam. Ok. Sesiapa yg belum habis exam or baru nak start exam tu bolehlah tutup cerita ni sekarang juga dan pergi sambung study eh. Lepas exam nanti, baru sambung baca cerita ni ye. =p


Kalau plan pasal makan siapa yg tak suka? Baru kejap tadi plan, time tu jugak menjadi je. Tapi kalau plan pasal study group..Minggu lepas plan, belum tentu minggu ni menjadi. Silap-silap dah dekat nak exam baru kelam kabut nak buat study group. (>.<)


Pernah terfikir nak masak makanan yg sedap tapi dalam keadaan yg kekurangan? Ha,tu la apa yg kitorang buat. Orang lain yg lepas exam punya la sibuk berfoya-foya pergi jalan-jalan, makan sedap-sedap dekat shopping complex, kitorang pulak sibuk-sibuk cari bahan nak memasak. =)


*****

Situasi 2 : Time habis final exam

Cerita nya boleh dimulakan dengan ini. Ceh..dah panjang macamni sekarang baru nak mula. Rupanya, pendahuluan je ke tadi? Huh.


spaghetti ni sedap!! yummy!!


SOALAN : Bagaimana nak memasak spaghetti tapi hanya menggunakan periuk nasi?

Apa? periuk nasi? eh,eh..tu bukan periuk untuk masak nasi ke?

Siapa kata periuk nasi boleh masak nasi je? Macam-macam boleh masak guna periuk tu tahu tak?


*****

Apa yg diperlukan?

1) Spaghetti
2) Sos spaghetti. Beli je dekat kedai yg dah siap tu. tak payah susah-susah nak blend tomato ke apa. (kalau pemalas macam aku la)


sos spaghetti kimball ni yg kitorang guna.


3) Bahan lain yg korang perlukan untuk masuk dalam kuah spaghetti tu. Yg ni sebenarnya ikut selera masing-masing.

>>Bahan utama yg mesti ada : minyak, lada benggala, bawang, and garam.
>>Bahan yg menyedapkan lagi rasa spaghetti : daging hancur, cendawan butang, sosej dan apa-apa lagi la yg korang suka nak letak.

Ikut resipi kitorang yg ala-ala masakan melayu ni, kitorang tambahkan sedikit pes lada. Baru ada rasa spicy! =))


*****


Yeah!! sekarang time untuk masak! Heh.



Mula-mula sekali, kena la rebus spaghetti dulu dengan air dan sedikit garam. (macam dalam pic atas tu)

Tips time merebus spaghetti ni, untuk tak nak bagi spaghetti ni melekat antara satu sama lain, letakkan sedikit minyak time rebus tu. Tapi kadang-kadang ada orang buat, after spaghetti dah lembut masukkan mentega dan kacau kemudian baru toskan airnya. Suka hati la nak buat yg mana. Ikut yg senang bagi korang.




Sambil tunggu spaghetti masak..tumiskan semua bahan yg telah dipotong dadu (lada benggala,bawang). Kalau dah kata tumis, kena la dengan minyak ye.

Ok. Tips aku nak bagi time menumis pes lada. Pastikan lada tu betul-betul garing. Ingat tu. Bukan hangus. Tapi betul-betul garing. FAHAM? Bukan apa, takut lada yg tak masak dengan betul nanti boleh buat kuah korang rasa lain and kebarangkalian korang boleh dapat sakit perut lepas makan tu nanti.




Then, masukkan semua bahan. Jangan lupa letak garam eh untuk bagi rasa sedap kuah spaghetti korang tu. Nak tengok kuah spaghetti kitorang nya? Ha, macam dalam pic kat atas tu. Sedap nye! Ceh..puji masakan sendiri. Eh, eh bukan. Masakan kami bersama la.( padahal..aku tukang makan je time tu. =p )




Ha, ni la hasil nya bagi kami yg sibuk-sibuk nak jugak melepaskan tekanan sepanjang minggu final exam tu. Yahoo!!! Plan kami berjaya! Sedap!! Tak percaya? Korang try la buat. Pastu rasa sedap ke tak. Kalau tak sedap, makna nya korang kena makan dekat kedai ke mana-mana lah yg memang dah siap masak and tinggal nak makan tu je la eh. =p

3 comments:

Atiewa. said...

rindu roti john tangkak eheh xP

azuaNi kasiraN said...

haha..kalo setakat 2kang mkn..2kang hbskn mknn..xpyh la yan oi..tau ar ko pndai msk..xnk tunjuk skill..kedekut tol! ti msk kn 4 ak...biar ak gemuk cket..haha~

nayziroon said...

atie : ceh..aku pn rindu gak.lapa~~

wani : haha.aq tau msk gne dapur umh jela.ko nk aq mskkn utk ko? aq msk telur mata goyang special utk ko eh. =p

Related Posts with Thumbnails