Friday, May 21, 2010

Idaman Hati

Siapa orang Jawa atau pun ada keturunan Jawa? Ha, korang suka makan apa? Sambal goreng? Tempe? Lodeh? Pecel Ayam? kurk..kurk...(bunyi perut kelaparan)

Kalau korang bukan orang Jawa mesti korang tak tahu pecel ayam tu apa kan? Tapi ada je orang Jawa macam aku ni yg tak tahu jugak. Tapi tu dulu la. Heh.


Pecel ayam ni SEDAP!!


Pecel ayam sebenarnya nasi putih + ayam goreng + kuah sup + sambal + sayur. Kalau korang tengok, biasa je makanan ni. Cuma yg bagi rasa sedap dan kelainan dekat sambal and kuah sup nya. Kalau sambal nya yummy and spicy, sedap la pecel ayam tu. Tapi aku tak tahu sambal ni sebenarnya sambal apa. Kawan aku kata sambal belacan. Maybe. Tapi yg penting kena dengan cita rasa sedap je. =))


Yummy!! (",)


Makanan ni asal dari negara seberang. Mana lagi kalau tak Indonesia. Sebab tu kebanyakan orang Jawa je yg suka. Tapi ramai jugak yg bukan orang Jawa pun suka. Heh.

Kalau korang nak tahu makanan ni sangat mendapat sambutan tau. Siap ada group dekat facebook lagi. Tak percaya? Buka link ni.


*****


Apa makanan yg memang tak boleh lari dari makanan kegemaran orang Jawa?


T.E.M.P.E


Tempe sebenarnya diperbuat daripada kacang soya. Kalau nak tahu, tempe pun ada kelebihannya tau. Bukan setakat sedap tapi berkhasiat. Ini lah namanya makan mengikut gaya hidup sihat. =)

Disebabkan khasiatnya terlampau banyak. Aku pun jadi malas nak type dekat sini. So, kalau korang nak tahu kelebihan makan tempe ni, korang bacalah sendiri dekat sini atau sana.

Tempe tak sedap? Siapa kata? Tempe ni bukan setakat boleh goreng je tau. Tapi banyak lagi menu yg boleh dipelbagaikan dengan tempe ni. Contoh yg paling senang and aku suka :


Tempe masak kicap


Kicap pun sebenrnya diperbuat daripada kacang soya jugak. Maybe sebab tu la kot bila dimasak dengan tempe buatkan rasaya bertambah sedap!! Kalau tak tahu apa tu kicap and kenapa ada sesetengah orang tak boleh nak makan nasi kalau tak ada kicap, nanti saya cerita dekat entri lain pula ye.

Korang tak pernah makan tempe? Try la rasa. Then, kalau korang pun suka makan tempe, jangan lupa nak like dekat facebook ni. (tetiba promote page ni pulak)

Tapi before tu, pernah terfikir kalau tempe ni dijadikan sebagai nugget?





Erm, teringin nak rasa nugget tempe ni. Macam sedap je. Kalau aku jumpa, mesti aku makan hari-hari agaknya. Tapi ada ke jual dekat sini? Huh.







p/s : Oh, TIDAK!!! Kenapa saya rasa nak makan tempe kicap masakan mak saya sekarang jugak! T__T

2 comments:

xeea said...

yannnn!!!!

ari tu, aku baru je ckp ngan abg apiz, aku ngidam nak makan tempe kicap ko masak. abg apis pun sama. abg apis kata, ko nye terbaikkkk ah! enak dimakan begitu saje. hahaha

apa kata, wiken ni, ko masakkan utk aku? nak tak ? nak tak? ko dtg masak je. lps masak, aku anto ko balik ukm. heee

Nurul Husna said...

rindu sme pecal aym yg dl niee~

Related Posts with Thumbnails