Tuesday, December 29, 2009

Sangat Sukar



Ramai yang tahu bila seseorang itu susah untuk berhenti bercakap.
Aku tahu itu.

Ramai yang tak tahu bila seseorang itu susah untuk mulakan bercakap.
Tapi aku juga tahu itu.
( kawan2, aku sendiri tak faham ayat di atas ni. =p )



Baru sekejap meninggalkan semua perkara itu, tapi terus terasa rindu untuk melakukannya lagi.

Bingung seketika.



.si comel ni mungkin tahu apa yang dibingungkan.





Kalau lah aku boleh biarkan masa yang lepas itu tidak berlalu dan biarkan ia terus kekal untuk masa yang baru aku terasa puas, alangkah seronok nya hati aku ini sepeti mahu melompat bintang tinggi-tinggi. (",) .


Termenung seketika.


Tolonglah jangan suka untuk berfikir perkara yang mustahil seperti itu ye. Bukan setakat mustahil, tapi memang sudah tahu tidak akan wujud. ="(

Semakin sangat susah untuk mengatakan sesuatu yang selalunya lagi suka disampaikan dengan berperasaan seorang diri. lagi besh .


Termenung seketika buat kali ke berapa.


ENTAH.




**mesti kawan2 tak faham entri kali ini kan? tak perlu fikir. sebab aku sendiri pun tak faham. maaf ye. (T.T) .

Friday, December 18, 2009

Jangan kau ucap SELAMAT TINGGAL



Apabila difikirkan, memang perasaan ini tidak mahu meninggalkan.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berperasaan ini,
amat senang berasa ketinggalan.






Apabila dihitung, memang perasaan ini tidak mahu menghampirinya.
Tapi apa kan daya.
Aku yang memang sangat mudah untuk berpengaruh ini,
amat senang berasa ketinggalan.



*pic sumbangan dari cik Google =p


ADOI....tak perlu lah aku guna ayat yang berbunga-bunga lagi macam tu.(konon-konon macam berbunga lah, padahal tak pun). Buat pening kepala nak membaca nya kan? Nak memahamkan nya lagi lah boleh buat orang sakit hati. ye kan? =)


Ala..sebenar nya bukan apa pun. Aku cuma kurang bersemangat (malas lah tu =p) untuk kembali ke 'sekolah'.
" Ayuh kembali ke sekolah!! Ayuh!!"
(sambil lompat-lompat kegirangan)
Erm, itu hanya lah perasaan gumbira ketika kecik-kecik dulu. ( itu tak bermaksud sekarang ini aku sudah tua. FAHAM? :p) . Time tu gembira bukan sebab mahu ke sekolah tetapi excited untuk memakai kasut baru, uniform sekolah baru, bag baru, semua nya serba serbi baru lah boleh dikatakan. Sekarang? Jangan harap lah.


Semester baru kali ini akan membuatkan aku menjadi semakin mature dan berdedikasi.(cewah). Diiringi pula dengan azam baru sempena Maal Hijrah ini, aku tidak lagi berpaling ke belakang macam cerita Jangan Pandang Belakang itu. (abaikan.tak ada kena mengena langsung ye =p)


Aku hanya mahu mengucapkan kepada kawan-kawan yang memang suka membuang masa (word yang sepatut nya adalah meluangkan masa kan? kan?) membaca blog aku ini... Selamat melangkah ke semester baru ye.... Success!! Success!! (buat gaya lompat bintang sekali tau). (",) .

Wednesday, December 16, 2009

Mereka Insan Biasa

seorang yang bernama insan biasa.
pastinya dan sudah semestinya.
tidak mampu untuk memikirkan mengenai semua perkara.

tidak mampu kah kamu wahai insan biasa?
untuk mengucap kan kata-kata kesyukuran?
walau hanya sekejap?
ataupun hanya sepatah perkataan?

kamu...
lupa akan apa yang dimiliki dan dikuasai.

kamu...
lupa akan segala yang diterima dan dianugerahi.

kamu...
lupa akan kenikmatan kesyukuran yang sentiasa ada dalam hidup ini.


wahai kamu yang bergelar insan biasa...




jangan jadikan kamu hanya seperti bayang-bayang yang hanya mengikut sahaja ke arah mana sekalipun yang ditujui.tanpa persoalan.tanpa bantahan.hanya akur sahaja. =(

jangan jadikan kamu hanya sebagai alasan yang tidak boleh menjadikan apa yang dimahukan.tidak boleh menjadikan apa yang dirancangkan.tidak boleh menjadikan apa yang diharapkan.

itu tidak mustahil bukan?





teropongi lah diri kamu wahai insan biasa...

renungkan apa jua.yang telah dilakukan.yang sedang dilakukan.yang akan dilakukan. (",)

berUSAHA lah selagi mampu.
berDOA lah selagi mahu.
berTAWAKAL lah selagi...

kamu menyedari kehadiran NYA. =)

Tuesday, December 8, 2009

Teruja Dengan Perjumpaan Itu

Dengan perasaan yg ceria dan gumbira serta excited membuatkan aku asyik teringat saat2 itu. sewaktu bersama kawan2 yg sekepala (maksud nye kawan yg sama perangai la tu ye), buatkan aku memang mahu menjadikan waktu itu adalah waktu yg tiada penghujung nye. (kalau boleh la)


tapi kuasa yg ada ini terbatas kerana tiada magic dalam diriku ini. kalau ada, mesti dah lama aku buat banyak benda yg mengarut. (",) . tahukah kamu? bahawa cuti kali ini aku sangat happy bagaikan mahu melompat bintang. ( kalau kamu tak tahu cara nye. aku sedia membantu :p )

.:kawan2:. .:jalan2:. .:makan2:.
*maaf ye tya..nani mek pic ni smpaikan ko nmpk tgn je :(



setelah berhari-hari aku menghabiskan masa di rumah yg tercinta ini, akhir nye aku ambil keputusan yg sgt mudah untuk aku buat.iaitu..keluar makan2!!. :p . kalau nak ajak aku ni keluar, senang je. janji ada makanan. gerenti akan buat aku cair. aku takkan lepaskan peluang itu. hoyeh2!! (perasaan apabila gumbira melampaui batas)


nyum..nyum... (",)


berkat usaha kami semua bersusah payah untuk ke destinasi, akhir nye.. kekenyangan perut kami adalah suatu kepuasan untuk semua itu. amat berbaloi. pasti ia bukan suatu yg sia-sia. kawan2..terima kasih untuk hari itu. walaupun semua kena keluarkan duit masing-masing dengan hati yg tak berapa rela. :p . tapi apa yg boleh menghalang dari makan makanan enak seperti ini? pasti duit bukan masalah kan? kan? :)


aku tahu kamu semua mesti setuju dengan kata-kata ku itu. kalau tidak..masakan kamu semua makan sampai boleh menarik perhatian org ramai. (ini aku saje tambah bagi menyedapkan cerita :p)


keceriaan yg jelas terpancar :)


wajah-wajah kamu itu wahai sahabat-sahabat ku, bukan mudah untuk digambarkan bagaimana perasaan kamu ketika itu. ianya juga bukan mudah untuk dilupakan. sangat suka kan saat itu. lebih-lebih lagi sewaktu kita dapat bergosip bersama. terasa macam kita semua ini masih di alam persekolahan pula. :p . semua ini kita simpan untuk dijadikan sebagai kenangan apabila kita jumpa lagi pada lain masa ye. syg kamu semua. (jgn la terharu sgt ye) :)
Related Posts with Thumbnails