Wednesday, March 31, 2010

Celaru atau Keliru

Keadaan yang tak menentu buatkan perasaan kadang-kadang perlu mencari ketenangan. Jika selalu berfikiran negatif, akan buatkan perasaan ini makin tidak puas hati. Jika selalu berfikiran positif pula, akan buatkan perasaan ini lupa bahawa pasti ada buruknya. Ish,bahaya tu..



.mencari jalan.




Celaru dengan keliru tu sama ke? Maybe ada yang kata sama. (aku sorang je kot). Tapi hakikatnya tak sama. Selalu yang dikaitkan dengan celaru tu fikiran bercelaru kan? Tapi keliru? Keliru tu selalu terjadi bila ada banyak pilihan yang perlu kita pilih di antara nya.




Eh,tetiba aku terajar subjek Bahasa Melayu pula kat sini. Erm, mungkin ini yang dinamakan aku sudah mula mengimbau zaman persekolahan dulu..(Abis la korang. Aku dah start nak bercerita zaman kanak-kanak ni).



*****



Dulu bila ditanya oleh cikgu..

"Bila dah besar nanti kamu nak jadi apa?"

Aku pun jawab dengan buat muka excited.

"Saya nak jadi macam cikgu."

Cikgu tanya lagi.

"Kenapa nak jadi macam saya?"

Aku jawab lagi kali ni dengan muka innocent.

"Sebab saya memang kena jadi cikgu la."



*****



Aku memang tak tahu rupa-rupanya kita boleh pilih kerja kita sendiri. Aku ingatkan semua orang yang datang sekolah tu semua dah ditetapkan nak jadi apa nanti.



Ei, tapi tu dulu la. Sekarang aku dah tahu. Jadi, jangan nak gelakkan aku lagi. (-.-) .



Tapi serius, aku ngaku. Sampai sekarang kalau cikgu aku tu tanya aku soalan yang sama macamtu lagi, memang aku tak ada jawapan yang betul. (Even jawapan aku sekarang tak lagi sama macam jawapan aku yang dulu ye). Bukan apa. Maybe sebab aku belum nampak aku ni ke arah mana kot.



Aku boleh je nak jadi cikgu macam apa yang aku fikirkan sejak zaman hingusan lagi. Aku pun boleh kalau nak jadi reseacher. Tapi boleh jugak kalau nak jadi ahli kimia. Nak jadi lecturer pun boleh jugak. Kalau nak jadi businesswoman pun boleh. (",) . Aish..mana satu yang aku pergi aku still tak sure.



*****



Dah.

Sekarang, FOKUS.






.dia yang akan menemani aku sepanjang bulan ini. =)





Study dulu. Kemudian, kita berangan lagi hala tuju kita ye. Tak sabar rasanya nak tahu ke mana kita selepas ni.



*****



Sepanjang kehilangan aku disini, macam-macam yang berlaku sampaikan aku tak mampu nak bercerita dekat sini. Jadi nak disenangkan cerita, aku cuma nak melepaskan rindu kalian pada entri aku (cehh..bluekk) dengan ucapan..


"Shiken to Shourai Gambatte Kudasai"


(shiken = exam)
(shourai = future)
(gambatte kudasai = good luck)





**Mungkin sudah lama aku tidak mengupdate blog, tapi tak bermakna aku lupakannya. Cuma aku perlukan ruang untuk hidup normal seperti orang "kurang maju" .Maksudnya yang buta IT tapi lebih spesifik kepada golongan yang tak tahu nak buat blog.(maaf jika ada yang terasa)..=p

Friday, March 12, 2010

Tawa Tangis Bersama

Tahu tak??
Tak semua orang happy bila kita rasa happy ?
Gelak. Ketawa. Suka Suki.
Tak semua orang macamtu.
Maybe ada yang tak pernah rasa macamtu or tak tahu pun apa tu gelak,ketawa.


Hari itu. Mereka banyak buka mata aku. Membuatkan aku berfikir secara luar biasa.



*****



Dulu...
Aku fikir aku sangat kuat. Tapi bila aku bayangkan aku di tempat mereka. Ya, aku memang ngaku. Aku tak sekuat mereka. Lemah jugak rupanya aku ni.

Nikmat yang diterima di dunia ni berlainan bagi setiap manusia. Bayangkan apa yang kita ada di sekeliling kita ni tetiba tak ada. Bukan untuk masa yang sekejap. Tapi tak ada untuk selamanya.

Apa perasaan kamu? Apa yang kamu akan fikir? Apa yang kamu akan buat?

Tapi.


Percaya lah.


Semua itu ada hikmah nya.



*****



Maybe
susah untuk kita fahami mereka. Tapi bila kita cuba untuk dekatkan diri kita dengan mereka...Try kongsi cerita suka duka mereka. Cuba ambil berat mengenai mereka. Try buat mereka sedar bahawa masih ada yang sayang mereka...

Tapi.

Boleh ke kita ni buat mereka lupa apa yang mereka lalui selama ni? Kehidupan mereka tak sama dengan kita yang masih mempunyai keluarga yang sangat sayang kita, yang kisahkan kita, yang menjaga kita.



*****



Kita selalu berkongsi cerita bersama ibu tersayang.
Kita selalu berkongsi pengalaman bersama ayah tersayang.

Kita selalu menghabiskan masa untuk bersuka ria bersama ibu dan ayah tercinta.

Tapi mereka?
Dengan siapa mereka lakukan itu semua?



*****



Memang kita perlu tahu apa itu erti kesyukuran. Paling penting, rasa syukur itu perlu hadir dulu dalam diri kita sendiri. Kemudian, baru kita tahu apa kelebihan yang kita ada tapi tak ada pada mereka. Hayatilah dan jangan kita menyesal di kemudian hari. Cuba fahami kisah ini.


Sebab tu tak salah kalau kita cuba untuk mendekati mereka. Tolonglah fahami betul-betul perasaan mereka. Sekaligus, kita pasti boleh merasakan bersyukur itu suatu kenikmatan.



*****



Baru-baru ini. Program yang aku join sememangnya dapat muhasabah diri aku. Rasa kesyukuran yang tidak terhingga bila terkenangkan nasib mereka. Mereka terdiri dari golongan yang kurang bernasib baik.




Program bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.




Anak-anak yatim disana semua masih bersekolah dan umur mereka lingkungan 2 hingga 18 tahun. Ya. Mereka lebih muda dan kecil. Tapi mereka lebih tabah dan kuat.

Bila melihat gelagat mereka. Bila melihat senyuman mereka yang terukir. Sebenarnya masih ada duka disebalik itu.

Buat mereka..

Kamu semua sangat hebat. Kami doakan yang terbaik untuk kamu. Seharian bersama kamu, banyak mengajar kami apa itu kesyukuran. Ingatlah, masih ada yang sayangkan kamu. Masih ada yang kisahkan kamu. Semoga kamu semua mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin...


Thursday, March 4, 2010

Jiwa Kacau

Aish..(permulaan yang tak berapa nak baik)

Boleh dikatakan perasaan bercampur baur. Bukan sekarang sahaja. Tapi dah makin lama tak tahu kenapa. Hati terasa macam mahu menjerit sekuat hati bagi puas. Yes!! Itu yang saya mahu lakukan!!



tak kira dimana atau bagaimana gayanya.study itu tiada alasan.




Bila dah diberi gelaran sebagai student. Nak tak nak. Kena la terima apa jua yang perlu diterima. Kadang-kadang ada yang tak berapa nak faham perasaan kami. Kemahuan kami.

Kamu.student..
Sila buat ini. Sila buat itu. Sila siapkan ini. Sila siapkan itu. Sila hantar ini. Sila hantar itu.


Ya. Kami tahu. Kami mahu success. Kami mahu yang terbaik. Sebab itu kami tidak membantah. Sebab itu kami akur sahaja semua yang dipinta. Itu memang tanggungjawab kami.


Tapi..Masalah pasti ada. Tidak semua antara kami ini sehaluan. Tidak semua sama. Macam-macam ragam. Mahukan kata sepakat? Itu sangat susah. Lagi-lagi bila kami berlainan pemikiran.




even buku itu nampak tak menawan, tapi ia tetap buat kami tertawan. =)




Semakin hari bukan sahaja umur kami semakin meningkat. Tapi komitmen dan tanggungjawab yang diberikan juga semakin meningkat.



Kepada kawan-kawan sekalian..
Selamat menempuh alam study yang penuh cabaran dan rintangan.
Go Go Fighting!! (kata-kata semangat)
(",)



**kami cuba untuk memotivasikan diri sendiri. =)

Related Posts with Thumbnails