Saturday, February 27, 2010

Sentiasa Di Hati

Dulu..
Pantang berjumpa mesti nak bergaduh.
Ada je benda yang tak kena.
Ada je benda yang tak sepakat.
Serba tak kena.
Itu salah.
Ini salah.


Bak kata mak saya..

Kalau dah lama tak jumpa tu..
Bila dah dapat jumpa.
Time tu la semuanya bau wangi je.(even tak mandi seharian pun dikata wangi)


Tapi..

Kalau dah berhari-hari jumpa tu..
Bila dah jemu.
Time tu la semuanya bau busuk je.(even baru lepas mandi pun dikata busuk)


Nak tau kenapa?
Mak saya kate..
Itu lah nama nye adik-beradik.. (",)


Kalau tak ada depan mata,rindu.
Tapi bila asik ada je kat depan mata,tak abis-abis nak dengki..cari gaduh je. =p


*****


Sebenarnya..entri kali ni aku type khas untuk wish birthday dekat budak belum matang yang suka dengki aku ni .Pastu,suka sangat cari gaduh dengan aku. ="(



kami masih belum matang
**cuba teka mana satu akak & adik?? =D



Tapi hakikatnya..
Dia lah akak an-gah aku.
Dia lah sahabat aku.
Dia lah teman aku.
Cuma kadang-kadang dia musuh aku jugak. (time gaduh la ni) =p

Tapi..apa pun jadi,dia tetap akak yang sentiasa aku sayang..Sentiasa aku rindu..Lagi-lagi time sekarang ni.(tetibe terasa homesick pulak.aish)




Kepada akak an-gah yang aku sayangi..

Happy Birthday yang ke _ _ tahun.
(korang cuba teka sendiri berapa umur die ye)

Semoga sihat sentiasa..
Semoga ceria selalu..
Semoga bertambah matang & lebih matang daripada adikmu ni. =p
Semoga dimurahkan rezeki..(boleh belanja kami makan lagi)
Semoga apa yang dihajati dapat dicapai..
Amin...


**an-gah tu nama panggilan akak ku = birthday girl.
***kepada sesiapa yang sambut birthday 28/2 ni pun,diucap Happy birthday jugak ye. (",)

Thursday, February 25, 2010

Tiada Halangan Untuk Bersuka Ria

Memang serious.
Bukan lupa.
Bukan tak ingat.
Tapi tak sempat.


Maaf ye blog..
Dah lama betul tak jengok kamu ni.
Tapi tengok.
Sekarang dengan bersemangat ni.
Bukan setakat jengok je tau.(",)


Aku busy lah.
Aku banyak kerja lah.
Aku tak ada masa lah.
Itu alasan semata.


Kan seronok kalau jadi baby kan?
Makan.Tidur.Makan.Tidur.
(padahal yang budak besar ni pun selalu je makan tidur =p)


Tapi.
Sebenarnya budak besar lagi best.
Kau boleh buat apa kau suka.
(nada macam nak buat jahat je)


*****


Dulu aku pernah kata..
"ice skating tu membazir untuk orang yang tak tahu langsung main."
(tetiba aku sibuk nak cerita pasal ice skating pulak)



Sebenarnya saje nak cerita yang aku ni terlampau excited 1st time aku pergi ice skating tu. 3 jam main. Sampai sakit-sakit badan (sebab banyak kali jugak jatuh.hehe). Dari tak tahu apa. Sekarang. Pehh...(nada sikit berlagak)


Kalau aku ni diajak pergi ice skating lagi, mesti aku pergi lah.
(tapi korang bayarkan untuk aku la.boleh?)


Disebabkan aku dah tahu main ice skating. Mari sini duduk diam-diam. Aku akan bagi tips-tips yang menarik ni. =D


*****



Tips 1 :
Sila tukar kasut comel kamu tu dengan kasut khas untuk ice skating ikut saiz kaki kamu ye. Sebelum tu, pakai stokin. Nanti melecit,sakit.. (T.T) .





Tips 2 :
Pastikan tali kasut tu diikat dengan kemas eh. Then, sila ambil gambar kasut tu seperti gambar diatas. (nak abaikan pun boleh.=p)





Tips 3 :
Mainlah sesuka hati kamu dengan gumbiranya, asalkan jangan langgar orang lain sudah lah. Tapi untuk kes yang macam aku tu..(-.-)..

Sila belajar untuk stabilkan diri dulu. (ice skating sambil tangan berpaut dekat tepi-tepi dinding) . Then, kalau rasa diri tu dah hebat (sikit), boleh try the real ice skating pulak. =D




**gambar diatas sekadar hiasan.sila abaikan kegedikan budak yang memegang bag itu.terima kasih. =)





Tips 4 :
Pastikan bawak siap-siap stokin dan sarung tangan(kalau ada) dari umah. Kalau tak, tolong sediakan duit yang cukup untuk beli tau. =D


*****


Sekian..tu je yang boleh aku share sebenarnya. Aku bukan tahu sangat main. Asalkan happy, puas hati, excited sudah. =p





***Lupa nak bagitau.
Kalau nak tahu. Tempat ice skating ni dekat Sunway Pyramid. Bayar RM25(sekali masuk) + RM8(sarung tangan) = RM33 seorang.

So, ape lagi? Ice skating jom!! (macam promoter la pulak) =p

Friday, February 5, 2010

Sepatutnya Perlu dan Sememangnya Tahu



Bila semua yang terbuku di hati tak dapat diluahkan...
Apa yang boleh kita dapat?



mungkin kita dapat wajah seperti ini



*****


Mungkin tak semua orang sependapat.Tapi semua itu perlukan masa dan keadaan yang sesuai.


Kenapa?Sebab tak perlu apabila tak diperlukan.
Tapi mesti perlu apabila betul-betul diperlukan.


Bila?
Sendiri akan tahu masanya.


Cuma perlu diingat sebelum terlambat.
Perlu diambil berat sebelum melarat.


Takut akan menyesal di kemudian hari.
Semua tak boleh patah balik kalau itu dah berlaku.


Maaf.
Bukan senang.
Minta maaf nampak mudah.
Tapi memaafkan itu amat sukar.


Muhasabah.
Itu penting.
Cari kesilapan mungkin dapat.


Improvement?
Mungkin mustahil.
Tapi untuk usaha yang mustahil mungkin dapat hasilkan suatu yang mustahil.


TOLONGLAH...


Jangan takut untuk beritahu itu.


Jangan terasa nanti.
Semua tak berguna lagi.


Buat mereka.

Keluarga tercinta...
Kawan-kawan tersayang...


Ya.
Memang cinta mereka.
Ya.
Memang sayang mereka.
Ya.
Memang mereka sentiasa di ingatan.
Ya.
Memang mereka selalu yang dirindui.


Ya.Memang betul.Tepat sekali.


Mereka tahu itu.
Tapi.
Tak salah untuk diucapkan banyak kali bukan?
Tak salah untuk diberitahu berkali-kali bukan?


Biar jemu.
Biar muak.
Biar bosan.


Asalkan hati puas.
Tak mahu simpan banyak kerisauan.


Biar kita tahu bahawa mereka tahu itu.
Biar kita tahu bahawa mereka tahu apa yang kita rasa.


Sememangnya.
Tak salah untuk mereka tahu perkara yang sememangnya mereka sudah tahu.


Ucapkanlah.
Jangan beralasan.
Jangan dikira masa.
Kerana masa sentiasa berjalan dan tak tahu setakat mana kita akan berjalan dengan masa itu.







**Sedekahkan Al-fatihah kpd muslimin,muslimat yang telah meninggalkan kita.Al-fatihah...
Related Posts with Thumbnails