Monday, September 27, 2010

Ceettt....!

Erk...boleh tolong jangan tanya mana saya menghilang selama saya tak jenguk blog saya ni? OK. Terima kasih daun keladi. =)

*****

Siapa kata owner blog ni tak ada? Ada lagi lah! Aish..cuma dia konon-konon sangat memberi komitmen pada kerja dia yang lain. Konon je la. Huh.

Korang tahu tak yang aku sekarang tengah berusaha nak cari idea untuk update blog yang korang tengok dari dulu sampai sekarang ni tak ada kemajuan langsung? Teruk betul.


*****

2jam kemudian....

Tiiingg! (sound effect bila idea dah datang). Settle

Aku nak tanya korang. Siapa yang suka tengok tv? Tak ada? Tipu. Aku suka. Nape korang tak suka? 
Kalau aku tanya. Siapa yang suka makan? Tak ada jugak? Bohong.
Dah la. Tak best kalau tanya, pastu aku jawab sendiri. Tak ada feel langsung.

*****

Korang pernah rasa benda yang memalukan korang buat tapi bila korang ingat semula benda tu akan buat korang rasa gelak? Tersenyum sorang-sorang ke? Ada tak? Ada tak? (Kali ni aku nak korang jawab sendiri) 

Jika ada. Sila berkongsi pengalaman anda.
Jika tiada. Sila bersimpati kepada diri anda kerana tak pernah buat perkara yang boleh buat anda sendiri tergelak dan terhibur. (Tetiba rasa bangga sebab aku ada banyak cerita pasal memalukan diri sendiri ni. Heh)

*****

Bukan apa. Tetiba aku teringat suatu kisah time aku sekolah dulu, time pergi camping. Lokasi dekat mana, korang jangan tanya. Aku dah lupa. 

Kisah nya bermula begini. Malam tu turn group aku kena berjaga. So, kitorang decide nak bergilir-gilir. 4 orang tido, 4 orang berjaga.

Time tu, aku selaku konon-konon yang bertanggungjawab tentukan siapa yang perlu berjaga dulu, dan siapa yang perlu tido dulu.  Aku jugak yang kena kejutkan diorang yang tido untuk gantikan tempat kitorang yang berjaga tadi.

Nak diringkaskan, aku yang berjaga dulu. Dalam pukul 3pagi, kena tukar. Kitorang tido. Diorang yang tido tadi tu plak kena berjaga. 

Dijadikan cerita, aku dengan penuh berdedikasi dan penuh rasa bertanggungjawabnya, pergi masuk ke khemah diorang yang sedang nyenyak tido tu untuk kejut dan gantikan tempat kitorang yang dah berjaga dari tadi.

"Bangun-bangun..sekarang turn korang. Kitorang nak tido pulak. Korang pegi jaga kat luar"

"Ermm..." (respon diorang yang dalam keadaan mamai)

"Cepat la bangun..kitorang dah ngantuk ni"

"Sape ni? " (tetiba salah sorang dari 4orang tu buka mata dan tanya kat aku)

= = = => Aku terus keluar dari khemah tu. Terus pergi ke khemah sebelah kejutkan 4orang group aku  untuk bangun dan gantikan tempat kitorang yang berjaga ni.( Sambil di dalam hati berkata, "cett..boleh pulak salah masuk khemah orang lain). Bila diorang dah bangun, kami yang telah menjalankan tugas tadi pun boleh tido dengan lena....

*****

Tamat...tu jela ceritanya.
Erkk..korang nak tahu lagi? Aish..nyesal aku buka cerita tadi.

OK. Sambung.
Esoknya, budak sebelah khemah  (khemah yang aku salah masuk), tanya dekat budak group aku.

"Malam tadi korang ada masuk khemah kitorang tak?"

"Tak ada. Nape?"

"Owh...tak ada apa. Cuma rasa macam ada yang kejut kitorang. Mimpi kot. Sebab penat sangat berjaga malam kelmarin. Sampaikan terasa ada orang suruh berjaga lagi malam semalam. "

"Erm,ok.."



Gambar sekadar hiasan. =)


Aku yang berada tak jauh dari perbualan tu..hanya mampu diam. Nasib baik malam kejadian tu, diorang tengah mamai2, dalam khemah tu pun gelap. So, macam tak perasan sangat pun kalau nak cam muka aku. Time aku silap masuk khemah diorang tu pun, tak ada siapa yang perasan. Sebab aku sorang je ada dekat situ time tu. Haha. Sory la kawan...sampai sekarang, aku tak pernah cerita dengan diorang. Lagipun, aku pun dah lupa diorang tu siapa, sekolah mana. Sebab camping tu dari banyak2 sekolah. Selamat aku. Heh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails